Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mangsa kebakaran Kampung Disayang, Lupak Meluas Sandakan diberi bantuan

8:04pm 18/02/2016 Leolerry Lajius 118 views Tempatan
Samsudin menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong.

Samsudin menyampaikan sumbangan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong.

KOTA KINABALU: Seramai 104 orang mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Kampung Disayang, Lupak Meluas Sandakan, pada 4 Februari lalu menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sekong.

Bantuan berbentuk peralatan dapur, bekalan makanan mentah dan keperluan harian itu disampaikan oleh Wakil Rakyatnya, Datuk Samsudin Yahya di Dewan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Batu Sapi Sandakan baru-baru ini.

Menurut Datuk Samsudin, pihaknya akan berusaha mendapatkan penempatan yang sesuai untuk mangsa terlibat dan akan menyalurkan bantuan diperlukan secara berperingkat.

Justeru, beliau berharap kesemua mangsa bersabar dan tinggal sementara di penempatan yang disediakan selain di rumah keluarga terdekat.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan kesemua mangsa agar tidak mendirikan semula rumah di kawasan itu.

Jelasnya, ia berdasarkan arahan daripada pihak Esscom yang melarang penduduk membina rumah di persisiran pantai kerana dikhuatiri boleh menimbulkan pelbagai gejala sosial.

Beliau turut meminta Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) agar meletakkan papan tanda dan memasang pagar dengan segera di kawasan itu bagi menggelak penduduk membina rumah semula.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam pada 4 Februari lalu, lebih 70 buah rumah di kampung terbabit musnah terbakar dan lebih seratus keluarga hilang tempat tinggal.

Hadir sama pada majlis Ketua Pegawai Eksekutif  Esscom, Noor Alam Khan Abdul Wahid Khan Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan

Samsudin melawat lokasi kebakaran Kampung Disayang, Lupak Meluas Sandakan.

Samsudin melawat lokasi kebakaran Kampung Disayang, Lupak Meluas Sandakan.

Bahagian Sandakan Jailani Majit serta Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sekong dan Umno bahagian Batu Sapi.-/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan