Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mangsa Kebakaran Kampung Airport Lama Bakal Terima Bantuan Khas RM500 Awal Bulan Feb

9:33am 01/02/2016 Pak Roshan 382 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

kebakaran

TAWAU : Kesedihan 79 keluarga di Kampung Airport Lama dekat sini yang tinggal sehelai sepinggang akibat kebakaran pagi semalam sedikit terubat apabila Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengumumkan bantuan khas wang tunai RM500 akan diberikan kepada mangsa, awal bulan Febuari ini.

Sumbangan oleh Jabatan Perdana Menteri menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) itu diumum Ghapur ketika hadir bertemu mangsa bagi menyampaikan sumbangan bantuan daripada pelbagai agensi dan individu yang prihatin kepada mangsa terlibat, hari ini.

Ghapur berkata kerajaan akan berusaha membantu meringankan beban mangsa terjejas dalam kebakaran yang memusnahkan 48 rumah itu.

“Ketika ini semua pihak sedang berusaha untuk membantu mangsa yang terlibat ini mendapatkan bantuan, yang akan diserahkan secara berperingkat. Turut difahamkan agensi di daerah ini juga saling membantu untuk memberi sumbangan berupa makanan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya 126 pelajar yang terbabit dalam kejadian itu turut menerima bantuan berupa wang tunai bernilai RM50 seorang yang disumbangkan Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Selain itu, Anggota Parlimen Tawau yang juga merangkap Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching turut memberi sumbangan berupa air minuman kepada mangsa terlibat, di samping beberapa individu lain yang turut tampil menyalurkan bantuan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi semalam, 422 mangsa hilang tempat tinggal selepas rumah yang didiami mereka puluhan tahun musnah dijilat api.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan