Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa kebakaran kampong Balantos terima bantuan

Ranap….rumah panjang Kg. Balantos yang terbakar.
                                   Ranap….rumah panjang Kg. Balantos yang terbakar.

NABAWAN- Mangsa kebakaran rumah panjang Kampung Balantos  merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah banyak memberi  bantuan dalam bentuk barang-barang keperluan harian seperti  makanan dan  sebagainya  kepada  22 keluarga yang terlibat dalam kebakaran itu.

Bekas Ketua  Kampung  itu Tingkalur Anturi berkata, pelbagai pihak terdiri daripada pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional, badan-badan bukan kerajaan  (NGO)  dan  badan-badan keagamaan telah menghulurkan bantuan.

Katanya, selain barang-barang makanan, bantuan  dalam bentuk kewangan juga turut disumbangkan  oleh kerajaan dan para dermawan .

“Kami  tidak dapat menyatakan nama-nama penyumbang kerana terlalu ramai, tapi kami merakam ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka  yang telah menghulurkan bantuan” katanya  di sini kelmarin.

Tingkalur yang juga Ketua Cawangan Umno Kampung Balantos berkata,beliau bagi pihak mangsa kebakaran memohon maaf  kerana tidak dapat melayan dan menyambut para penyumbang dengan baik di tempat yang selesa. – Oleh KALAWON SAWING / sayangsabah.

Tingkalur….berharap rumah panjang dapat dibina semula dengan segera.
Tingkalur….berharap rumah panjang dapat dibina semula dengan segera.

 

Komen


Berita Berkaitan