Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mangsa kebakaran diberi bantuan

7:00pm 16/10/2016 Leolerry Lajius 31 views Tawau,Tempatan

TAWAU: Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat melawat mangsa kebakaran di Kampung Tanjong Batu Keramat, Tawau semalam dan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian kepada keluarga mangsa kebakaran tersebut.

 

Dalam kejadian itu,  dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu Keramat, kira-kira jam 5.27 pagi.

Dua beranak rentung selepas rumah mereka di kampung Tanjung Batu Keramat, Tawau musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.15 pagi. Mangsa Buhari Langga 57 tahun dan anak perempuannya Nur Aisyah 22 tahun, ditemui rentung di lokasi berasingan dipercayai terperangkap sementara empat lagi ahli keluarga sempat keluar menyelamatkan diri.

 

Secara keseluruhan 9 buah rumah terbakar iaitu meliputi 5 rumah jenis kayu musnah dan 4 buah rumah lagi 20 peratus di bahagian dinding terbakar. Api berjaya dikawal sekitar jam 6.34 pagi.

 

Sebanyak 7 buah jentera dengan 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tawau dikejarkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran. Turut membantu dari pasukan bantuan seperti Polis dari IPD Tawau dan Jabatan Pertahanan Awam Tawau.

Dalam lawatan itu, Hamisa meminta keluarga mangsa kebakaran supaya bersabar dan menurutnya, kerajaan sentiasa prihatin dengan musibah yang dihadapi mangsa dan komited untuk membantu mereka.

“Buat masa ini kita memberikan bantuan berupa barang makanan dan keperluan dapur untuk mereka meneruskan kehidupan.

“Saya berharap mangsa-mangsa kebakaran tabah menghadapi ujian ini,” katanya selepas melawat keadaan keluarga mangsa kebakaran./SayangSabah

 

Prihatin....Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat melawat mangsa kebakaran dengan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian.

Prihatin….Adun Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat melawat mangsa kebakaran dengan menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan