Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa kebakaran di Tanjong Batu diberi bantuan

Hamisa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
Hamisa menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

Tawau :Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat menyampaikan sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah cawangan Tawau kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Tanjong Batu kelmarin yang terbabit dalam dua kejadian kebakaran sepanjang bulan ini.

 

Beliau yang juga Adun Tanjong Batu berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan mangsa-mangsa kebakaran dan menasihat masyarakat setempat agar berhati-hati menjaga aspek keselamatan terutama kawasan kediaman mereka.

Beliau turut menyatakan agar kejadian berkenaan dijadikan iktibar kepada penduduk lain agar sentiasa mematuhi segala aspek keselamatan kediaman./SayangSabah

Antara mangsa yang hadir sempena program berkenaan.
Antara mangsa yang hadir sempena program berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan