Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa kebakaran di Semporna terima bantuan

SEMPORNA: Seramai 44 penduduk yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Kampung Sejati di sini, hari ini menerima sumbangan bantuan daripada kerajaan.
Sumbangan yang disampaikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Ramlee Marhaban itu adalah bertujuan bagi membantu meringankan penduduk terbabit.
“Kerajaan amat prihatin terhadap kesusahan yang mereka alami dan berharap bantuan ini mampu membantu mangsa yang terlibat,” katanya pada majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Dewan Perpustakaan Negeri daerah di sini.
Beliau juga berharap agar semua mangsa terlibat dapat bersabar dengan musibah yang menimpa mereka.
“Anggaplah kejadian yang menimpa saudara saudari ini ketentuan ilahi, selain sentiasa berusaha menjaga keselamatan diri dan keluarga serta menjaga kesihatan diri,” katanya lagi.
Dalam kejadian itu, sebanyak 28 buah rumah musnah terbakar mengakibatkan 320 penduduk hilang tempat tinggal. – oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

BANTU RINGANKAN BEBAN... Ramlee menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran.
BANTU RINGANKAN BEBAN… Ramlee menyampaikan bantuan kepada salah seorang mangsa kebakaran.

Komen


Berita Berkaitan