Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa Jangmi meningkat

SEORANG penduduk meninjau keluar dari rumahnya selepas Jangmi melanda bandar Palo di wilayah Samar, menyebabkan banjir dan tanah runtuh.
SEORANG penduduk meninjau keluar dari rumahnya selepas Jangmi melanda bandar Palo di wilayah Samar, menyebabkan banjir dan tanah runtuh.

Manila: Jumlah kematian akibat banjir dan tanah runtuh berpunca daripada ribut Jangmi meningkat kepada 53 orang, semalam.

Pegawai berkata, penduduk di beberapa wilayah mendakwa mereka tidak menyangka kesan taufan berkenaan begitu besar.

Di bandar Catblogan di wilayah Samar, 19 orang terbunuh apabila tanah runtuh menimbus kediaman dan kenderaan.

Datuk Bandar Stephany Uy-Tan berkata, bandar itu terkejut dengan kejadian berkenaan.

“Penduduk di satu kawasan lereng bukit tidak menjangka bukit itu akan runtuh kerana percaya ia kukuh,” katanya kepada wartawan.

“Tidak ada arahan meminta mereka berpindah, hanya nasihat supaya mereka bersiap sedia dengan kemungkinan berlaku tanah runtuh. Kami perlu memeriksa sistem komunikasi untuk memastikan kesilapan yang berlaku,” kata Stephany kepada wartawan.

Jangmi menjejaskan kehidupan 121,737 penduduk dengan 80,186 daripada mereka dipindahkan ke pusat perlindungan.

Jumlah kematian itu hampir tiga kali ganda berbanding Hagupit, taufan terbaru yang melanda negara itu, awal Disember.

“Di wilayah Misamis Oriental, banjir memusnahkan sawah dan ladang jagung menyebabkan kerugian dianggarkan kira-kira 400 juta peso (RM31 juta),” kata Gabenor Yevgeny Emano.

“Kami terperangkap. Kami tidak menjangka kesannya begitu teruk,” kata Emano walaupun mengaku menerima amaran.

Di wilayah Leyte, hujan lebat menyebabkan tanah runtuh dan banjir kilat, memaksa beberapa jalan utama ditutup.

Jurucakap agensi pengawasan bencana kebangsaan, Mina Marasigan mempertahankan cara kerajaan menangani ribut Jangmi dengan berkata, amaran sudah dikeluarkan ketika ribut tropika itu masih berada di Lautan Pasifik.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan