Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mangsa Gilis Terima Sumbangan Kaki Palsu, Ditaja Pergi Umrah

12:22pm 20/01/2016 Pak Roshan 258 views Mutakhir,Nasional
Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan) ketika melawat mangsa langgar lari, Siti Nuraisyah Sahrin, 13 yang putus kedua-dua kaki yang digilis lori, isnin lalu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Sumber: NSTP

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (kanan) ketika melawat mangsa langgar lari, Siti Nuraisyah Sahrin, 13 yang putus kedua-dua kaki yang digilis lori, isnin lalu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang. Sumber: NSTP

PELAJAR Tingkatan Satu yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori pasir ketika pulang dari sekolah pada Isnin lalu, bakal menerima sumbangan sepasang kaki palsu daripada Biro Kebajikan UMNO.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Selangor, sebentar tadi.

“Kaki palsu ini akan diberikan kepada Siti Nuraisyah selepas dia sembuh dan kita akan terus memantau keadaannya, ” katanya.

Menurut Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Siti Nuraisyah dan kedua ibu bapanya juga bakal menerima tajaan menunaikan umrah.

Selain itu, Abdul Azeez turut menyampaikan amanah dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bermurah hati menghulurkan sumbangan peribadi berjumlah RM10,000 kepada mangsa.

Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan kedua-dua kaki Siti Nuraisyah putus digilis sebuah lori dari arah bertentangan selepas dia terjatuh dari motosikal akibat digesel sebuah kereta Kancil yang cuba memotong motosikal ditunggangi kakak tirinya, Shamin Amirah Roslan, 14.

Pelajar-Hilang-Kaki-Dilanggar-Lori1

Dua beradik tiri itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Terap menuju ke rumah mereka di Parit 16, Sungai Panjang, Sabak Bernam, Selangor.

Kejadian yang berlaku petang Isnin ini menimbulkan simpati seluruh masyarakat Malaysia apabila gambar mangsa dalam keadaan terduduk atas jalan raya selepas kemalangan menjadi viral di media sosial. – MYEWSHUB.CC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan