Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mangsa gempa Gunung Kinabalu dikenang

12:57pm 05/06/2016 Pak Roshan 299 views Berita Pilihan,Mutakhir,Ranau,Tempatan,YB Datuk Haji Masidi Manjun
MENTERI Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, meletakkan jambangan bunga pada monumen peringatan di Kiau Gate, Taman Kinabalu Ranau Sabah. - Foto Lano Lan

MENTERI Pelancongan, Kebudayaan Dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, meletakkan jambangan bunga pada monumen peringatan di Kiau Gate, Taman Kinabalu Ranau Sabah. – Foto Lano Lan

RANAU: Upacara memperingati mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu yang mengorbankan 18 orang pada 5 Jun tahun lalu, berlangsung di Kiau Gate, di Taman Kinabalu, sebentar tadi.

Upacara di hadapan monumen yang menempatkan 18 nama pendaki yang terkorban itu, berlangsung di kawasan satu kilometer (km) dari Timpohon Gate, kira-kira jam 9 pagi.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun yang mengetuai upacara itu, turut memaklumkan bahawa monumen itu diperbuat daripada batu granit yang diambil daripada kesan runtuhan gunung dalam kejadian gempa itu, setahun lalu.

Terdahulu, Masidi mengetuai upacara bertafakur kira-kira seminit, sebelum meletakkan jambangan bunga di hadapan monumen berkenaan.

Ia kemudian diikuti beberapa pegawai kerajaan dan ahli serta wakil keluarga meletakkan bunga ros di monumen itu.

Masidi juga mengetuai acara penanaman pokok di kawasan Kiau View Point bagi mengingati empat malim gunung yang terkorban dalam kejadian gempa bumi itu.

Dalam kejadian 5 Jun tahun lalu, satu gempa bumi 5.9 magnitud mengorbankan 18 nyawa membabitkan 10 warga Singapura, Malaysia (enam) dan masing-masing satu mangsa dari China serta Jepun. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan