Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa gempa diselubungi salji

SEORANG budak lelaki menjilat ais di depan kediaman sementara keluarganya di Laprak, Gorkha.
SEORANG budak lelaki menjilat ais di depan kediaman sementara keluarganya di Laprak, Gorkha.

Kathmandu: Penduduk berhampiran pusat gempa bumi besar di Nepal tahun lalu kini berdepan salji tebal yang semakin menyukarkan kehidupan mereka yang masih tinggal di dalam pondok serta tempat perlindungan sementara.

Pentadbir kerajaan, Dipendra Poudel berkata, salji setebal 60 sentimeter meliputi perkampungan di Gorkha, utara Nepal, yang menyukarkan helikopter sampai ke situ.

Katanya, ramai penduduk masih tinggal di dalam khemah di kawasan terbabit dan proses penghantaran barangan dijangka mengambil beberapa hari kerana perlu berjalan di laluan yang tiada jalan raya yang elok.

Setakat ini, katanya, tiada laporan orang meninggal dunia atau sakit teruk.

Pusat gempa bumi 25 April tahun lalu itu yang membunuh hampir 9,000 terletak berhampiran Gorkha, kira-kira 160 kilometer ke barat laut Kathmandu.

Kerajaan berjaya menghantar bantuan kecemasan seperti makanan, khemah dan pakaian ke beberapa perkampungan menggunakan helikopter minggu lalu ketika cuaca buruk reda sedikit.

Penderma asing menjanjikan AS$4.1 bilion (RM17 bilion) untuk proses pembaikpulihan, namun hanya sejumlah kecil wang itu berjaya sampai ke Nepal disebabkan proses pelantikan Pihak Berkuasa Pembaipulihan Kebangsaan yang mengambil masa beberapa bulan. – AP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan