Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa Dipijak Gajah Cedera Serius Di Kepala Dan Badan – Polis

dumpas

TAWAU : Warga Indonesia yang maut dipijak gajah liar dalam kejadian di Ladang Kelapa Sawit Dumpas, semalam dipercayai berpunca dari kecederaan serius di kepala, tulang belakang, dada dan perut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata mangsa, Ciin Bedu, 48, seorang pekerja ladang sawit diserang kira-kira 3 petang.

“Hasil bedah siasat mendapati tulang kepala dan tulang muka retak. Tulang rusuk kiri dan kanan kesemuanya patah.

“Kecederaan tulang belakang di bahagian servikal, tharaail dan lumbar. Turut didapati kecederaan pada bahagian hati dan buah pinggang sebelah kanan yang serius serta otak mangsa hancur,” katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Sementara itu, seorang pekerja ladang yang tidak mahu dikenali berkata dia dimaklumkan ketika kejadian mangsa sedang bekerja bersama 20 pekerja lain.

“Mangsa yang tidak menyedari kehadiran gajah berkenaan telah diserang tiba-tiba,” katanya.

— BERNAMA

gajah mangsa gajak

Komen


Berita Berkaitan