Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa culik tiada dokumen sah

culikkk

KUNAK: Seorang pekerja warga Filipina di pusat ternakan ikan dalam sangkar di Kampung Sapang Air, di sini, yang dikatakan diculik dipercayai tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah dan sudah bekerja di negara ini sejak setahun lalu.

Difahamkan, mangsa yang hanya dikenali sebagai Mazlan, 25, dikatakan diculik bersama majikannya, Chan Sai Chiun, 32, oleh sekumpulan empat lelaki bersenjata dengan menaiki bot.
Kebanjiran ramai pekerja asing tanpa dokumen itu mendapat perhatian Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek yang menegaskan pihak berkuasa akan mengambil tindakan terhadap majikan yang didapati menggaji pekerja asing tanpa permit.

“ESSCOM sudah beberapa kali menasihatkan pengusaha resort atau pusat penternakan ikan supaya mengambil pekerja yang mempunyai dokumen sah.


“Namun, saya mendapati masih ada majikan tidak mengendahkan larangan itu sehingga kejadian penculikan masih berlaku di negeri ini,” katanya ketika melakukan tinjauan di lokasi kejadian, di sini, semalam.


Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kunak Datuk Nilwan Kabang.

Menurut Mohammad, ketiadaan dokumen menyebabkan pihak berkuasa tidak mengetahui latar belakang pekerja asing selain mereka sukar dikenali.

Komen


Berita Berkaitan