Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,501

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mangsa culik rindu keluarga, tak sabar pulang

10:43pm 25/03/2017 Pak Roshan 1100 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

ABDUL Rahim Summas ketika ditemubual wartawan Filipina dipercayai di sebuah hospital di Zamboanga City, Filipina.

KOTA KINABALU: “Saya rindukan keluarga,” kata Abdul Rahim Summas, 62, mangsa culik warga Malaysia yang diselamatkan bersama seorang lagi selepas lebih lapan bulan ditawan kumpulan Abu Sayyaf.

Abdul Rahim berkata demikian apabila ditanya wartawan Filipina, dipercayai ketika dirawat di sebuah hospital di Zamboanga City di selatan Filipina.

Ia kenyataan pertama daripada mangsa culik itu sejak diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam operasi khas di perairan Kalinggalang Caluang berhampiran Pulau Pata di Wilayah Sulu, awal pagi kelmarin.

Video kenyataan ringkas beliau selama 11 saat dimuat naik seorang wartawan media Filipina menerusi Twitter, hari ini.

Dalam video itu, Abdul Rahim yang terbaring di atas katil berkata, beliau tidak sabar untuk pulang bertemu keluarga.

Bagaimanapun, tiada rakaman menunjukkan keadaan Tayudin Anjut, 45, seorang lagi mangsa culik yang diselamatkan.

Pagi tadi, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata, kedua-dua mangsa dijangka tiba di Kuala Lumpur, esok.

Difahamkan, usaha membawa pulang Abdul Rahim dan Tayudin dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Luar dengan kerjasama pihak keselamatan negara jiran itu.

Bagaimanapun, tiga lagi mangsa culik iaitu Fandy Bakran, 26; Mohd Ridzuan Ismail, 32; dan Mohamad Jumadil Rahim, 23, masih belum diketahui status mereka. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan