Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MANGSA CULIK DIPERCAYAI TELAH DIBAWA KE NEGARA JIRAN

KOTA KINABALU: Dua orang nelayan yang diculik di perairan Pulau Gaya Semporna pada Selasa dipercayai sudah dibawa ke negara jiran.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata, pihaknya difahamkan suspek berada di sebuah tempat di Talipau Filipina.

“Kita sedang bekerjasama dengan pihak keselamatan Filipina untuk mengesan suspek dan mangsa,” katanya.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah pada sidang media Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media di sini hari ini.

Omar berkata desas desus yang mengatakan suspek sudahpun ditahan adalah tidak benar sama sekali.

Tambahnya, pihaknya juga belum menerima apa-apa panggilan dari suspek tersebut. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan