Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa bot karam dijangka tiba di KKIA

KEADAAN 4 mangsa selepas diambil dari dua bot nelayan Vietnam, malam tadi. - Foto twitter Panglima Tentera Laut
KEADAAN 4 mangsa selepas diambil dari dua bot nelayan Vietnam, malam tadi. – Foto twitter Panglima Tentera Laut

KOTA KINABALU: Empat individu, termasuk tiga warga asing yang ditemui selamat selepas hilang di perairan Kudat sejak 2 Mei lalu, dijangka tiba di Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) jam 9 pagi ini.

Mereka dijadual tiba dengan pesawat Bombadier CL 415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Difahamkan, semua mangsa yang diselamatkan oleh bot nelayan Vietnam itu semalam, bermalam di stesen LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di terumbu Layang-Layang, malam tadi.

Pada jam 6 petang semalam, mereka diambil oleh kapal Maritim (KM) Bistari milik APMM dari dua bot nelayan Vietnam di perairan negara itu.

Sementara itu, Panglima Tentera Laut, Laksamana Datuk Seri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin, sebentar tadi berkongsi beberapa keping gambar empat individu terbabit termasuk mereka bersarapan di terumbu Layang-Layang.

Empat individu terbabit ialah pasangan suami isteri dari Sepanyol, David Hernandes Gasulla dan Martha Miguel, kedua-duanya berusia 30 tahun, warga China yang juga pemilik resort di Tanjung Simpang Mengayau, Lam Wai Yin, 45, dan wanita tempatan yang juga pekerja resort, Armella Ali Hassan, 23. – BH Online

SEMUA mangsa bermalam di stesen LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di terumbu Layang-Layang, malam tadi. Foto twitter Panglima Tentera Laut
SEMUA mangsa bermalam di stesen LIMA Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di terumbu Layang-Layang, malam tadi. Foto twitter Panglima Tentera Laut

Komen


Berita Berkaitan