Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa banjir diberi dilengkapi ‘Colapsable Patition’ dan khemah mencukupi

Para sukarelawan yang terlibat dalam program itu menurunkan barangan keperluan dapur dari keretapi untuk disampaikan kepada mangsa banjir di Kampung Saliangan, Batu 65. - foto Aryan de Vera
Para sukarelawan yang terlibat dalam program itu menurunkan barangan keperluan dapur dari keretapi untuk disampaikan kepada mangsa banjir di Kampung Saliangan, Batu 65. – foto Aryan de Vera

BEAUFORT – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan memastikan pusat-pusat pemindahan sementara (PPS) di kawasan risiko banjir di Sabah dilengkapi ‘Colapsable Patition’ dan khemah serbaguna yang mencukupi.

Timbalan Menterinya, Datuk Azizah Mohd. Dun berkata, usaha itu sebagai persiapan pada masa hadapan memandangkan kedua-dua kemudahan itu amat diperlukan khususnya di pasca banjir.

Menurutnya, keperluan itu juga semakin mendesak terutamanya ketika banjir besar berlaku, baru-baru ini hingga menjejas ribuan penduduk di tiga daerah iaitu Beaufort, Membakut dan Bongawan.

“Setakat ini, kita telah menerima sebanyak 64 unit dan akan ditambah lagi secara berperingkat untuk dibekalkan ke semua kawasan di negeri ini yang sering terdedah kepada masalah banjir berulang.

“Kelengkapan ini juga memberi privasi kepada mangsa banjir ditempatkan di PPS khususnya ibu-ibu menyusukan anak dan wanita yang ingin menukar pakaian,” katanya ketika ditemui di program penyerahan sumbangan barangan makanan di Kampung Saliwangan, di sini hari ini.

Seramai 140 ketua isi rumah terdiri daripada penduduk kampung terlibat yang terjejas akibat banjir yang berlaku di kawasan itu sejak Isnin lalu.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, program berkenaan merupakan inisiatif berterusan pihaknya bagi membantu dan meringankan sedikit beban -mangsa mangsa banjir di kawasan tersebut. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan