Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa Banjir Di Kota Belud Menurun Kepada 837 Orang

ANTARA mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan Dewan Tun Said.

 

KOTA KINABALU, 23 Okt – Mangsa banjir yang dipindahkan di Kota Belud menurun kepada 837 orang sehingga 3.30 petang ini yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara.

Menurut kenyataan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dua lagi pusat pemindahan iaitu Dewan Muhibah Tombol dan Dewan Masyarakat Tun Said telah ditutup petang tadi apabila banjir semakin pulih.

“Dewan Muhibah Tombol ditutup pukul 6.30 petang dan Dewan Masyarakat Tun Said pula ditutup pukul 7.30 petang tadi,” kata kenyataan itu.

Dengan penutupan dua pusat pemindahan itu, kini lima lagi pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Kota Belud masih dibuka iaitu Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Said, Dewan SMK Taun Gusi 1, Dewan SMK Taun Gusi 2, Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Taun Gusi, dan Dewan SK Pekan.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan