Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangkuk RM11 dilelong RM116,000

MANGKUK yang dibeli dengan harga RM11 meraih keuntungan berlipat kali ganda. - DM
MANGKUK yang dibeli dengan harga RM11 meraih keuntungan berlipat kali ganda. – DM

London: Sebuah mangkuk China yang dibeli dengan harga £2 (RM11) di kedai jualan amal dijual semula dengan harga menakjubkan – £21,000 (RM116,000).

Mangkuk yang dibeli di sebuah kedai kecil di Somerset itu sebenarnya ialah bekas perasap besi yang dibuat pada kurun ke-18 ketika tempoh penting dalam perkembangan kebudayaan China.

Wanita yang membelinya memang mengagak mangkuk itu berharga tetapi tidak menyangka ia berjaya dilelong melalui telefon dengan nilai 10,500 kali lebih mahal daripada yang dibayarnya.

Malah jualan mangkuk sebesar 11 sentimeter dan seberat 445 gram itu itu juga jauh menjangkau £5,000 (RM27,600) – anggaran firma bidaan John Nicholson’s.

Ia turut mempunyai tapak dibuat daripada besi dan lambang Qianlong.

Pakar, Mark Grant berkata, lambang itu menunjukkan mangkuk berkenaan dihasilkan pada zaman Maharaja Qianlong iaitu tempoh paling penting dalam perkembangan kebudayaan China.

Maharaja Qianlong pemerintah keenam dinasti Qing dan menduduki takhta dari 1735 hingga 1796.

Dia turun takhta untuk membolehkan anaknya mengambil alih menjadi Maharaja Jiaqing tetapi tetap berkuasa di sebalik tabir sehingga kematiannya pada 1799.

Sementara itu, ketua penilai di firma berkenaan, John Nicholson berkata: “Wanita berkenaan mengagak ia bernilai tetapi dia juga terkejut apabila mengetahui betapa berharganya mangkuk itu sebenarnya.” – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan