Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,715

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Manfaatkan program belia yang disediakan kerajaan- Tawfiq

6:16pm 13/11/2016 Elezebeth Esther Onjining 7 views Kota Kinabalu,Tempatan,YB Datuk Haji Tawfiq bin Datuk Haji Abu Bakar Titingan

 

KENANGAN... Tawfiq (barisan hadapan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama agensi- agensi yang terlibat dan para peserta Program Kecemerlangan Kepemimpinan Belia Sabah 2016, dekat sini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KENANGAN… Tawfiq (barisan hadapan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama agensi- agensi yang terlibat dan para peserta Program Kecemerlangan Kepemimpinan Belia Sabah 2016, dekat sini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Belia di seluruh negeri ini diseru agar memanfaatkan program- program belia yang telah disediakan oleh kerajaan persekutuan mahupun negeri.

Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Tawfiq Hj Abu Bakar Titingan berkata ianya adalah untuk sebagai persiapan diri dan tambah nilai bagi menghadapi cabaran sebagai bakal pemimpin negara pada masa hadapan.

” Di Sabah, kita perlu bersyukur kerana kita mempunyai Ketua Menteri yang telah mendapatkan pendedahan kepimpinan belia dan lantaran itu, beliau mempunyai satu pendekatan yang baik, prihatin terhadap pembangunan belia, sedia mendengar permintaan dan keperluan generasi muda serta menyediakan peruntukkan yang sentiasa bertambah pada setiap tahun.

” Dengan peruntukkan tersebut, KBS mampu menyediakan pelbagai program seperti pengisian kepimpinan, keusahawanan dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita sempena majlis perasmian penutupan Program Kecemerlangan Kepemimpinan Belia Negeri Sabah 2016.

Selain itu, Tawfiq turut menyarankan para belia di negeri khususnya agar menyertai persatuan- persatuan belia di kawasan daerah masing- masing.

” Dengan itu, mereka akan mudah mendapatkan maklumat mengenai program- program dan skim- skim yang disediakan oleh pihak kerajaan persekutuan mahupun negeri untuk menambah nilai diri mereka dalam menghadapi cabaran sebagai pewaris negeri dan negara pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, seramai 24 orang belia dari seluruh negeri Sabah telah menyertai Program Kecemerlangan Kepemimpinan Belia Negeri Sabah 2016 yang telah berlansung selama tiga hari bermula 11 hingga hari ini (13 November 2016).

Menurut Tawfiq, program tersebut bertujuan untuk memberikan pendedahan secukupnya dengan nilai- nilai dan kualiti- kualiti yang terbaik kepada generasi pelapis pemimpin negeri dan negara itu.

” Program ini merupakan program perintis untuk program Kecemerlangan Kepimpinan  Belia 2016 ke arah menginstitusikan program belia di Sabah dimana KBS berhasrat untuk mewujudkan satu akademik kepimpinan belia dimasa akan datang.

Hadir sama, Pegawai Khas TPM, Datuk Juhari Hj. Janan dan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Hj. Awang Damit Hj. Awang Anak. Oleh: Elezebeth Esther/SayangSabah

ANTARA peserta Program Kecemerlangan Kepemimpinan Belia Sabah 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

ANTARA peserta Program Kecemerlangan Kepemimpinan Belia Sabah 2016. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan