Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manfaatkan Pemberian BR1M

 

BR1M
BR1M

Kota Kinabalu – Para penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 4.0 yang akan mula diagihkan pada 15 Januari ini diingatkan supaya menggunakan dengan sebaik-baiknya bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan.

Timbalan Pengarah Persekutuan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, Said Bin Haji Sidup menegaskan, rakyat yang menerima bantuan BR1M, terutamanya para penerima bantuan dan elaun sedia ada daripada JPKA harus menggunakan peluang ini untuk meringankan bebanan yang mereka hadapi sekarang.

“Bantuan ini juga haruslah digunakan untuk perkara-perkara seperti simpanan, keperluan asas, perubatan dan bukannya dibelanjakan untuk barangan-barangan mewah,” jelasnya.

Beliau juga turut mengingatkan supaya individu-individu kurang upaya, keluarga dan warga emas yang memerlukan bantuan agar menghubungi pejabat JPKA bahagian/ daerah yang terdapat di seluruh Sabah. –Oleh  Sukri Sarin/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan