Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manfaatkan peluang pemeriksaan kesihatan

Jahid Jahim memanfaatkan peluang memeriksa tekanan darah.
Jahid Jahim memanfaatkan peluang memeriksa tekanan darah.

Tamparuli – Kempan Derma Darah Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Tamparuli di Dewan Tun Hamdan, di sini, semalam, berjaya mengumpul 28 pain darah daripada penderma sekitar Tamparuli, Kiulu dan Tuaran.

Ketua Pemuda PBS Tamparuli, Romeo Sindeh berkata, program itu bertujuan membantu tabung darah Hospital Likas mengatasi masalah kekurangan bekalan darah yang kerap dihadapi hospital berkenaan disebabkan peningkatan jumlah pesakit memerlukannya.

“Kita sedia maklum darah adalah bahan penting dalam rawatan kesihatan dan tabung darah hospital seluruh negara adalah nadi dalam menyelamatkan nyawa pesakit memerlukan pemindahan organ, pembedahan jantung, kes pendarahan disebabkan kemalangan dan ibu bersalin.

“Tabung darah seluruh negara berfungsi mengumpul, menapis, memproses dan membekalkan darah ke hospital, manakala orang ramai pula menjadi penderma,” katanya ditemui pada program itu. Hadir sama, Ketua PBS Bahagian Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Beliau berkata, orang ramai perlu prihatin bahawa menderma darah adalah tanggungjawab bersama masyarakat dalam membantu pesakit yang memerlukan bantuan itu.

Sehubungan itu, katanya, Pemuda PBS Tamparuli terpanggil melakukan sesuatu untuk membantu mengisi tabung darah hospital, dalam usaha meringankan beban pesakit memerlukan bahan itu.

Katanya, program berbentuk kesihatan itu dianjurkan buat kali ketiga oleh Pemuda PBS Tamparuli, selepas berjaya mengadakan dua program berbeza sebelum ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan