Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manfaatkan kemudahan disediakan kerajaan – Jamawi

RASMI...Jamawi memotong riben sebagai simbol perasmian gelanggang tersebut.
RASMI…Jamawi memotong riben sebagai simbol perasmian gelanggang tersebut.

TENOM- Rakyat perlu memanfaatkan dan menjaga segala kemudahan yang disediakan kerajaan, kata Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

Menurut Jamawi, kerajaan sentiasa memandang berat keperluan masyarakat setempat khususnya pembangunan infrastruktur.

” Kemudahan seperti dewan, balai raya, balai budaya dan gelanggang futsal dapat memberi peluang kepada komuniti setempat berkumpul melaksanakan pelbagai program.

” Manakala, gelanggang permainan membolehkan golongan belia bergiat lebih aktif dalam pelbagai program kesukanan disamping mengelakkan mereka daripada melakukan perkara tidak berfaedah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan gelanggan Serbaguna Belia Tabung Getang Lagud Seberang, disini, semalam.

Selain itu, Jamawi turut menyeru kepada pemimpin, ketua masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar bersama- sama menjaga kemudahan tersebut.

” Saya berharap agar semua pihak dapat menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata bahawa rakyat perlu memperkukuhkan perpaduan bagi menyokong kerajaan BN agar lebih banyak program pembangunan dapat dilaksanakan di kawasan tersebut.- SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan