Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Manfaatkan bakat kreatif dengan menghasilkan karya digital

5:14pm 12/11/2016 Leolerry Lajius 5 views Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU – Para pelajar digesa memanfaatkan peluang dan bakat kreatif yang dimiliki dengan menghasilkan karya digital yang dilihat mampu menjana pendapatan lumayan.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Siringan Gubat berkata, bakat kreatif yang dimiliki generasi muda itu tidak wajar dipersia-siakan sebaliknya diketengahkan melalui penglibatan dalam pembikinan karya filem pendek, dokumentari, iklan dan animasi.

Menurutnya, perubahan zaman masa kini mendesak generasi muda supaya memilih kerjaya sendiri dan tidak bergantung kepada peluang pekerjaan dalam sektor awam semata-mata.

“Melihat kepada penyertaan para pelajar dalam Festival Digital Sabah tahun ini, saya cukup yakin peluang dan ruang itu mampu menonjolkan hasil karya anak-anak muda dalam bentuk filem pendek, dokumentari, iklan serta animasi.

“Bagi pelajar sekolah, penonjolan bakat ini membuka peluang kepada mereka untuk berkecimpung dalam industri kreatif sekali gus sebagai persediaan menempuh alam pekerjaan kelak.

“Malah, berdasarkan bakat ini juga, seseorang boleh mereka bentuk pekerjaan sendiri dan menjana pendapatan lumayan,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Festival Filem Sabah 2016 di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh pembantu menterinya, Datuk Hamisa Samat.

Tambah Siringan, penyertaan memberangsangkan iaitu sebanyak 134 karya filem pendek, dokumentari dan animasi diterima kementeriannya bagi festival tersebut.

Kata beliau, keberanian peserta menghantar karya masing-masing harus dipuji dan merupakan satu kemenangan kerana bukan semua individu mampu menghasilkan karya kreatif tersebut.

“Bagi pihak kementerian, saya ingin memaklumkan bahawa program ini akan diteruskan pada tahun depan dengan tema yang berbeza.

“Menjadi harapan saya agar bilangan penyertaan juga turut meningkat dan kementerian sentiasa mempelbagaikan aktiviti berkaitan industri kreatif kepada para pelajar serta masyarakat,” katanya./SayangSabah

Hamisa bergambar kenangan bersama para pemenang Majlis Anugerah Festival Filem Sabah 2016.

Hamisa bergambar kenangan bersama para pemenang Majlis Anugerah Festival Filem Sabah 2016.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan