Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manfaat kepakaran perubatan untuk bantu pesakit kurang berkemampuan: Jainab

BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN... Jainab (duduk - tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian  pesakit kanak-kanak, doktor dan sukarelawan Hospital di Likas.
BANTU GOLONGAN MEMERLUKAN… Jainab (duduk – tengah) bergambar kenangan bersama sebahagian pesakit kanak-kanak, doktor dan sukarelawan Hospital di Likas.

KOTA KINABALU – Pengamal perubatan kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang berkaitan, diseru agar memanfaatkan bakat mereka dengan menyumbang bakti kepada golongan pesakit yang kurang berkemampuan dalam menampung kos rawatan mereka.

“Walaupun sumbangan kepakaran yang diberikan kecil, namun ia amat bermakna kepada pesakit,” kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid hari ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian Sambutan Tahun Baru Cina di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas di sini yang dianjurkan oleh Persatuan Wanita Cina Kepayan dan MCA Bahagian Kota Kinabalu, pada Sabtu lepas.

Katanya, biarpun setiap hospital masing-masing ada menubuhkan pusat kebajikan, tetapi  peranan yang dimainkan mereka adalah berbeza dengan pertubuhan kebajikan di luar terutama berkaitan kos rawatan.

“Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah banyak membantu membiayai kos rawatan perubatan terhadap pesakit yang kurang mampu sama ada dalam atau luar negara,” katanya lagi.

Bagaimanapun, katanya, pihak hospital juga banyak membantu menguruskan pesakit yang memerlukan sumbangan kewangan daripada JPKA.

Pada majlis itu, seramai 250 orang pesakit kanak-kanak ceria dengan kehadiran maskot kartun dan tarian singa serta pelbagai acara menarik diadakan.

Turut hadir, Setiausaha Tetap KPMHEP Datuk Siti Sapoo Ahok, Pengarah Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas Dr Tan Bee Hwai, Ketua Wanita MCA Datuk Agnes Shim, pengerusi penganjur Dr Pamela Wong dan para sukarelawan.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan