Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manfaat kemudahan PI1M dengan baik

PI1M

KOTA BELUD – Rakyat di negeri ini digesa agar memanfaatkan kemudahan Pusat Jalur Lebar Komuniti 1Malaysia (PI1M) yang diberikan oleh kerajaan untuk perkara yang berfaedah.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Musbah Jamli berkata, kemudahan tersebut itu merupakan hadiah kerajaan buat rakyatnya bagi membantu meningkatkan ilmu dalam bidang teknologi maklumat (IT).

“Saya menyarankan kepada warga Kota Belud kalau boleh menggunakan kemudahan IT untuk mempromosikan produk daerah ini seperti pelancongan dan inap desa.

“Di Kota Belud, selain kita mempunyai pemandangan Gunung Kinabalu yang indah, kita juga ada Pulau Mantanani, monyet Belanda di Kampung Kawa-Kawa dan Kelip-Kelip di Kampung Nanamun. Semuanya ini kita boleh promosikan kepada ejen pelancong menerusi PI1M ini,” katanya.

Musbah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tempasuk berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di Kampung Rampayan Laut, di sini semalam.

Pusat Jalur Lebar Komuniti itu merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan dilaksanakan oleh Celcom Axiata di bawah Program Perkhidmatan Sejagat (PPS).

Difahamkan, PI1M Kampung Rampayan Laut dalam kawasan Tempasuk adalah yang ke 57 dilancarkan di negeri ini, selain PI1M di Kampung Suang Pungur dalam kawasan Usukan.

Musbah berkata, beliau berharap agar objektif penubuhan PI1M yang memberi kemudahan internet kepada komuniti tempatan itu akan tercapai.

Antara objektif PI1M ialah meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan oleh pusat, disamping memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi dan internet.

Musbah juga yakin bahawa PI1M akan dapat merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dengan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan dan meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

pi1m2

Komen


Berita Berkaitan