Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Mana wang kami?’

9:30am 08/01/2016 Pak Roshan 4 views Global
Penganjur JM belum lunas hadiah kemenangan pelumba

Penganjur JM belum lunas hadiah kemenangan pelumba

Kuala Lumpur: Maruah siri perlumbaan berbasikal tertua negara, Jelajah Malaysia (JM) kembali tercalar apabila penganjur perlumbaan dikatakan gagal melunaskan wang hadiah kemenangan.

Menurut syarat perlumbaan, penganjur perlu melunaskan hadiah kemenangan sebulan selepas tamatnya perlumbaan dan sehingga semalam, masih belum ada sebarang maklumat berhubung wang kemenangan itu.

Pemenang jersi raja bukit dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) Nur Amirul Fakhruddin Mazuki berkata, hingga kini dia masih menanti pembayaran walaupun kejohanan sudah lama berakhir.

“Saya masih belum menerima hadiah kemenangan. Saya juga tidak mendapat sebarang maklumat daripada pejabat TSG berhubung perkara ini.

“Saya harap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.

Jelasnya, ganjaran kemenangan bukan sesuatu dikejarkan tetapi tetap penting buat pelumba yang berhempas pulas mengerah keringat untuk melakarkan kemenangan.

“Pernah ketika berlumba di luar negara, ada pelumba asing bertanya kepada kami mengenai hadiah kemenangan ini, tapi kami tak tahu nak jawab apa.

“Jika boleh penganjur JM selepas ini mencontohi penganjur perlumbaan di China dan Indonesia. Mereka akan memberi wang kemenangan sejurus selepas tamat perlumbaan. Jadi tidak timbul isu kelewatan pemberian hadiah kemenangan,” katanya.

JM bermula 9 Disember lalu yang menyaksikan pasukan Skydive Dubai Pro Cycling Team mendominasi perlumbaan.

Edisi ke-51 itu turut dipalit masalah apabila hampir dihentikan ketika saingan memasuki pusingan kedua susulan penganjur berdepan masalah kewangan serius.

Tetapi perlumbaan itu diteruskan hingga ke peringkat akhir selepas Peloton Resources berjanji akan menyelesaikan kemelut kewangan dihadapi. – myMetro Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan