Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,998

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mana kepala dan badan ‘Messi’?

10:29am 11/01/2017 Pak Roshan 2492 views Global

ARCA Lionel Messi selepas kejadian. (Gambar kecil) Arca asal yang diperkenalkan pada Jun 2016. FOTO Reuters

Buenos Aires: Hanya kaki dan bola sepak tinggal selepas kepala, badan dan tangan arca pemain Barcelona dan Argentina, Lionel Messi dibuang dalam kejadian vandalisme di sini, semalam.

Dewan Bandaraya Buenos Aires berkata, mereka tidak tahu siapa bertanggungjawab atau motif bagi kejadian ini.

“Ia mangsa perbuatan vandalisme. Kami sedang berusaha membaiki arca itu,” kata sekretariat budaya bandar itu.

Arca itu didirikan di laluan Paseo de la Gloria menghadap Sungai Plate, Jun tahun lalu sejurus selepas Argentina dan Messi tewas kepada Chile dalam final kejohanan Copa America.

Kerajaan bandar itu berkata, usaha membina semula arca itu sedang dijalankan.

Beberapa arca lain didirikan di kawasan itu bagi memperingati bintang sukan Argentina, termasuk pemain bola keranjang, Manu Ginobili; pemain tenis Gabriela Sabatini dan Guillermo Vilas; juara Formula Satu, Juan Manuel Fangio dan pemain hoki, Luciana Aymar.

Suspek turut mencuri raket dari arca Sabatini. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan