Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malindo Air lancar penerbangan sulung dari Singapura-Kota Kinabalu

Pesawat Boeing 737-800 milik Malindo Air tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada pukul 3.25 petang dari Singapura dalam penerbangan sulung ke Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan Malindo Air hari ini melancarkan penerbangan pertama dari Singapura ke Kota Kinabalu menerusi pesawat Boeing 737-800 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pukul 3.25 petang ini.

Seramai 65 pelancong luar negara menaiki penerbangan sulung Malindor Air itu yang bertolak pukul 12.40 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Singapura.

Penyambut tetamu memakai busana tradisi masyarakat Sabah ketika menyambut ketibaan penumbang Malindo Air dari Singapura di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

Ketibaan penumpang tersebut disambut penuh tradisi oleh Lembaga Pelancongan Sabah (STB) yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayan dan Alam Sekitar Negeri, Datu Rosmadi Sulai dan Pengurus Besar STB, Suzaini  Sabdin Ghani.

Menurut Datu Rosmadi, kerajaan negeri mengalu-alukan inisiatif Malindo Air tersebut dan langkah itu dilihat mampu melonjakkan industri pelancongan Sabah selain menarik lebih ramai pelancong ke Pantai Timur Sabah terutama di Tawau dan Sandakan.

Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datu Rosmadi Sulai (tiga dari kanan) bergambar bersama krew penerbangan dan anak kapal Malindo Air bergambar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Singapura dalam penerbangan sulung ke Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

Katanya, ketika ini sebanyak 21 buah penerbangan beroperasi setiap minggu menggunakan laluan udara Singapura ke LTAKK.

“Dengan laluan baharu oleh Malindo Air ini, jumlah penerbangan itu bertambah sebanyak 28 yang membawa pelancong dari Kota Singa mahupun pelancong Eropah dan Asia,” katanya kepada pemberita di sini.

Krew penerbangan dan anak kapal Malindo Air bergambar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Singapura dalam penerbangan sulung ke Kota Kinabalu. Gambar SNT / Mohd Adam Arinin

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, M.R. Chandra berkata, syarikat tambang murah itu gembira dapat melancarkan penerbangan sulung mereka dari Singapura ke Kota Kinabalu.

Katanya, Kota Kinabalu merupakan destinasi kedua bagi penerbangan terus Malindo Air selepas Kuala Lumpur. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan