Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malindo Air buka penerbangan Kuala Lumpur-Labuan 1 Julai ini

LABUAN: Syarikat Penerbangan Malindo Air telah bersetuju untuk membuat penerbangan terus dari Kuala Lumpur – Labuan – Kuala Lumpur bermula pada 1 Julai 2018 sebanyak 7 (tujuh) kali seminggu.

“ Ia direalisasikan hasil usaha pihak Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengangkutan dan Perbadanan Labuan (PL) dan ia juga mendapat kelulusan oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia dalam usaha mengalakkan kedatangan pengunjung dari dalam mahupun luar negara, ke Labuan”.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikshan berkata demikian pada Majlis Sidang Media  Inisiatif Mensejahterakan Rakyat Wilayah Persekutuan Labuan, di Wisma PL, petang semalam.

Kata Adnan lagi, sekiranya sambutan amat mengalakkan, tidak mustahil Malindo Air juga akan menambah lebih banyak penerbangan Kuala Lumpur -Labuan sekiranya penumpang laluan udara destinasi tersebut bertambah.

Syarikat Penerbangan Air Asia juga turut membuat penerbangan tambahan sebanyak empat (4) kali seminggu yang menjadikan keseluruhan penerbangan Air Asia di Labuan adalah  sebanyak 14 kali seminggu bermula  pada bulan Jun 2018, kata Adnan lagi.

Adnan juga mengalu-alukan syarikat-syarikat penerbangan yang berminat untuk memperluaskan lokasi-lokasi penerbangan dari Labuan ke destinasi lain samaada di Sabah, Sarawak mahupun Kalimantan berdasarkan permintaan yang tinggi.

Antara inisiatif pihak Kementeriannya bagi mensejahterakan rakyat Labuan, adalah pihak PL telah mengambil inisiatif membangunkan industri perusahaan ikan bilis melalui penyediaan infrastruktur bagang kepada nelayan di Labuan yang mana pengusaha bagang akan diberikan insentif  berjumlah RM15,000 oleh pihak Kerajaan sebagai modal permulaan.

“Hospital Labuan juga telah mempunyai seramai 117 orang Doktor ditempatkan di seluruh Labuan dan isu kekurangan Doktor Pakar juga tidak menjadi isu utama di Labuan lagi memandangkan Labuan telah berjaya mendapatkan seramai 15 orang doktor pakar,” tambah Adnan lagi.

Pada sidang media itu juga, Adnan turut mengumumkan pencapaian inisiatif yang telah dilaksanakan di Labuan serta beberapa inisiatif lain untuk mensejahterakan rakyat Labuan.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PL, Datuk Azhar Ahmad dan pegawai kanan PL.-Penerangan Labuan

Adnan (kanan) dan Azhar (kiri) pada sidang media tersebut.

Komen


Berita Berkaitan