Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mali: Sekurang-Kurangnya 27 Maut Selepas Militan Serang Hotel

ANGGOTA keselamatan membawa keluar orang awam dari kawasan hotel yang diserang militan - Foto AFP
ANGGOTA keselamatan membawa keluar orang awam dari kawasan hotel yang diserang militan – Foto AFP

BAMAKO, Mali – Sekurang-kurangnya 27 orang dilaporkan terbunuh selepas komando tentera menyerbu sebuah hotel mewah di sini yang ditawan sekumpulan lelaki bersenjata dan menjadikan kira-kira 170 orang tetamu dan pekerja sebagai tebusan.

Kumpulan militan Al Mourabitoun yang berpangkalan di utara Mali mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Sehingga lewat tengah hari, penasihat kerajaan, Amadou Sangho memberitahu stesen televisyen Perancis BFMTV, bahawa tiada lagi tebusan yang ditahan.

Bagaimanapun, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, anggota pengaman PBB yang berada di tempat kejadian melihat 27 mayat dan usaha mencari mangsa sedang dilakukan.

Tidak diketahui sama ada lelaki bersenjata itu yang dilaporkan berkubu di tingkat tujuh hotel berkenaan masih aktif apabila pasukan khas tentera menyerbu masuk.

Siaran televisyen menunjukkan anggota tentera berpakaian celoreng dengan raifal AK47 berada di lobi Hotel Radisson Blu itu. – Reuters/BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan