Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malaysia Tuntut PBB Segera Adakan Tribunal Untuk MH17

mh172

KERAJAAN Malaysia telah menghantar draf menuntut Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera mengadakan perbicaraan tribunal bagi mendakwa dalang yang menembak jatuh MH17 tahun lalu.

Malaysia telah menyatakan hasrat itu kepada Majlis Keselamatan PBB minggu lalu walaupun Rusia dikatakan menolak untuk diadakan majlis tribunal tersebut.

Seramai 298 penumpang dan anak kapal MH17 terkorban selepas pesawat milik Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu telah ditembak jatuh ketika melalui ruang udara sempadan negara Ukraine dan Rusia, 17 Julai tahun lalu.

Tragedi itu dipercayai didalangi oleh puak pemisah Pro-Rusia yang mana senjata yang digunakan dipercayai dibekalkan oleh kerajaan Rusia.

Menerusi draf yang dihantar, Malaysia mahukan satu perbicaraan bebas yang tidak diberikan tekanan daripada mana-mana pihak.

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte turut berpendapat mahkamah antarabangsa merupakan pilihan terbaik untuk mensabitkan dakwaan tetapi pihak pendakwa juga perlu menyediakan back up plan sekiranya Rusia menolak untuk dibicarakan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Rusia, Gennadiy Gatilov menyifatkan tuntutan untuk mengadakan tribunal itu adalah tidak bersesuaian memandangkan proses penyiasatan mengenai tragedi itu masih belum siap sepenuhnya.

Laporan akhir mengenai nahas pesawat itu dijangka siap sepenuhnya pada Oktober ini.

Malaysia bekerjasama dengan Australia, Belgium, Belanda dan Ukraine dalam usaha untuk mendesak perkara ini dibawa ke perbicaraan tribunal antarabangsa. – mynewshub.cc

Komen


Berita Berkaitan