Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malaysia, Thailand Pertingkat Hubungan Keselamatan, Pengurusan Sempadan

malaysia thailand

KOTA KINABALU– Malaysia dan Thailand akan meluaskan dan mengukuhkan kerjasama dua hala rapat sedia ada berkaitan keselamatan dan pengurusan sempadan bersama.

Perkara itu dicapai pada mesyuarat jawatankuasa peringkat tinggi (HLC) ke-30 antara kedua-dua negara, yang berlangsung dalam suasana mesra serta penuh semangat kerjasama dan persahabatan di sini semalam.

“Objektif mesyuarat ini adalah untuk menyediakan platform bagi pengerusi bersama dan anggota HLC untuk bertemu, bertukar idea dan membincangkan perkara kepentingan bersama berkaitan keselamatan di sepanjang sempadan bersama kedua-dua negara,” kata Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Sabah dalam kenyataan di sini, Sabtu.

Jawatankuasa itu bermesyuarat dua kali setahun dan diadakan secara bergilir di Malaysia dan Thailand.

Ia dipengerusikan bersama oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia dan Pengerusi Bersama Malaysia Jen Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin dan Panglima Angkatan Tentera Diraja Thailand dan Pengerusi Bersama Thailand Jen Thanasak Patimapragorn.

Kenyataan tersebut berkata mesyuarat itu membincangkan dan berpuas hati dengan kemajuan pelaksanaan aktiviti yang dirancang Jawatankuasa Kawasan Sempadan (RBC) dan Joint Combined Exercise Committee (JCEC), termasuk berkaitan operasi, pengurusan sempadan dan bencana serta kegiatan sosial dan ekonomi dalam tempoh dikaji.

Mesyuarat itu juga bersetuju dan berpuas hati dengan pelaksanaan tugas yang ditetapkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am ke-51 serta kerjasama rapat dan penyelarasan antara pihak berkuasa dan agensi terbabit dalam menyelesaikan pelbagai masalah seperti penyeludupan dan kegiatan haram lain.

“Ia juga bersetuju mengenai pertukaran maklumat tentang kegiatan di sepanjang sempadan bersama,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, mesyuarat tersebut juga bersetuju Thailand akan menjadi tuan rumah mesyuarat HLC ke-31 yang dijadual berlangsung pada Mac atau April tahun depan.

Komen


Berita Berkaitan