Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia terpilih jadi hub Asia Pasifik bagi produk BIOdenza

3:31pm 19/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 27 views Perniagaan,Tempatan
Dari kiri Victor, Datuk Micheal, Andy dan Edwin

Dari kiri Victor, Datuk Micheal, Andy dan Edwin

PENAMPANG- Masyarakat setempat negeri ini kini boleh mendapatkan dan mencuba produk penjagaan kulit yang baharu dalam pasaran Malaysia iaitu BIOdenza.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif BIOdenza Laboratories Sdn Bhd, Victor Lim, produk tersebut telah diperkenalkan kedalam pasaran pengguna sejak tahun 2014 lagi. Setelah itu, produk tersebut telah diperkenalkan ke pasaran negara-negara Asia Pasifik pada tahun ini.

“Malaysia telah terpilih untuk dijadikan sebagai pejabat hub Asia Pasifik bagi Biodenza Laboratories, Amerika Syarikat”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di “Soft Opening Biodenza beauty product” di Soilaris Spectrum, disini, hari ini.

Disamping itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Cina Kota Kinabalu, Datuk Micheal Lui menyeru kepada semua pelanggan agar peka dengan bahan yang digunakan dalam produk penjagaan kulit tersebut

Disamping itu, beliau juga menasihati para pengguna agar menggunakan dan membeli produk penjagaan kulit yang sesuai dengan mereka untuk mendapatkan kulit yang cantik sepertimana mereka ingini.

Pelanggan boleh mendapatkan produk-produk BIOdenza tersebut di Pusat Beli Belah Suria Sabah, tingkat 2 dan Solaris Spectrum Sdn Bhd, Penampang serta boleh juga didapati melalui laman web www.lazada.com.my .

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah BIOdenza Skin Products, Edwin Lim dan Andy Lim-Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan