Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia Tangga ke-3 dalam indeks keselamatan siber

1:27pm 03/12/2015 Dewiana Tinggolongon 17 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Dr Mingu Jumaan (kiri) bersama Datuk Joseph Guntavid (kanan) melawat pameran ICT.- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

Dr Mingu Jumaan (kiri) bersama Datuk Joseph Guntavid (kanan) melawat pameran ICT.- foto Jimmy Tan / sayangsabah.

KOTA KINABALU- Malaysia menduduki tangga ketiga dalam indeks keselamatan Siber Global 2014 yang telah diaksanakan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam kalangan 193 buah negara.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan) merangkap Ketua Pegawai Maklumat Negeri, Datuk Joseph Guntavid berkata, tanggungjawab bersama diperlukan  untuk memastikan ruang siber di negera ini selamat untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

“Isu-isu berkaitan jenayah siber perlu ditangani dengan lebih gigih, terancang, sistematik dan secara kolaborasi antara sektor awam dan swasta,”katanya ketika berucap dalam Persidangan keselamatan ICT Sektor Awam Negeri Sabah 2015, di sini hari ini (Khamis).

Menurutnya, berdasarkan statistik insiden keselamatan siber daripada MyCERT Incident  Statistic yang disediakan oleh CyberSecurity Malaysia, sehingga bulan Oktober tahun ini jumlah insiden keselamatan telah berkurang sebanyak 8,803 insiden berbanding 9,356 bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Katanya, bagi sektor awam negeri, statistik insiden keselamatan ICT menunjukkan tidak ada insiden yang melibatkan pencerobohan berbanding lima insiden tahun lalu.

“Ini menunjukkan usaha-usaha kita dalam meaksanakan pelbagai langkah-langkah keselamatan ICT telah membawa hasi yang baik.

“Namun usaha ini harus diteruskan dan usaha berkenaan melibatkan proses perancangan, pelaksanaan, pengurusan, pemantauan, pengauditan dan penambahbaikan ke atas sistem pengurusan keselamatan ICT,” ujarnya lagi.

Justeru itu beliau menyeru kepada semua agensi Kerajaan Negeri untuk meningkatkan tahap keselamatan aset ICT masing-masing bagi mengelakkan sebarang ancaman yang tidak diingini.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan