Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malaysia, Singapura akan bekerjasama menangani isu global

Dari kiri Anifah dan K. Shanmugam
Dari kiri Anifah dan K. Shanmugam

KUALA LUMPUR- Malaysia dan Republik Singapura komited untuk memberi bantuan kepada satu sama lain demi kebaikan bersama kedua- dua buah negara.

Perkara tersebut telah dibincangkan semasa satu jamuan makan tengah hari bersama Menteri Dalam Negeri dan Undang- Undang Republik Singapura, K. Shanmugam dan Menteri Luar Negeri, Dato’ Sri Anifah Aman, di sini, hari ini.

Disamping itu, mereka turut membincangkan pelbagai isu sama ada dalam negara mahupun luar negara termasuklah isu ekstremisme dan radikalisasi.

K. Shanmugam telah datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan antarabangsa, di sini, yang bertajuk ” Deradicalisation and Countering Violent Extremism” yang berlansung selama dua hari iaitu 25 Januari hingga hari ini. -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan