Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Malaysia Sehati Sejiwa’ lambang perpaduan kaum

Hajiji (tiga dari kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Datuk Almain Ajirul semasa sidang media sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri. – Foto Alexion Mairin / Sayangsabah
Hajiji (tiga dari kiri) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan Pengarah Jabatan Penerangan Sabah Datuk Almain Ajirul (kanan) semasa sidang media sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri. – Foto Alexion Mairin / Sayangsabah

KOTA KINABALU – “Malaysia Sehati Sejiwa” dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang melambangkan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Sabah, Datuk Hajiji Mohd Noor berkata, pemilihan tema tersebut adalah bagi menyuntik semangat patriotik baru di kalangan rakyat negara ini.

“Ia selaras dengan konsep 1Malaysia yang mengutamakan keharmonian dan semangat perpaduan di antara rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya pada Majlis Bersama Media sempena Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Sabah di sini hari ini.

Beliau berkata, semangat kerjasama, toleransi dan pemuafakatan kaum merupakan prasyarat utama untuk membina sesebuah negara yang aman dan harmoni.

Oleh itu, katanya, adalah menjadi tanggungjawab semua rakyat untuk bersama-sama memastikan keamanan yang dinikmati sepanjang 58 tahun merdeka terus terpelihara dan diperkukuhkan lagi demi memastikan kemakmuran negara berkekalan.

– oleh Nuzir Andi Samsiar / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan