Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia perlu bekerjasama dengan Filipina dan Indonesia dalam menjaga keselamatan perairan negara- Samsudin

4:48pm 20/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 22 views Laporan Sidang DUN,Tempatan

samsudin-yahya

KOTA KINABALU- Wakil Rakyat kawasan Sekong, Datuk Samsudin Yahya mencadangkan Malaysia khusunya kerajaan negeri bekerjasama dengan negara Filipina dan Indonesia untuk menangani perairan Timur Sabah secara bersama.

Menurut Samsudin, kerajaan negeri Sabah perlu mengetatkan peraturan dan undang- undang sedia ada termasuk menyekat aktiviti pelayaran sesuka hati, perdagangan di laut dan segala aktiviti yang berkaitan di kawasan timur negeri ini.

“Apa yang terjadi penculikan ini sudah berlaku di luar kawasan perairan antarabangsa, kita perlu mengawal lebih ketat perairan Malaysia, melalui kerjasama daripada negara jiran Filipina dan Indonesia.

“Kita juga mendesak kerajaan Filipina, Malaysia dan Indonesia mengadakan kerjasama untuk mengawal dan supaya mengambil berat mengenai kejadian penculikan di Sabah ini memandangkan kumpulan pengganas tersebut bersembunyi di negara Filipina, sekali gus menyukarkan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian semasa membahas ucapan Dasar Kerajaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), disini, hari ini.

Di samping itu, beliau turut meminta agar pihak-pihak yang bertanggungjawab mengambil pendekatan dengan lebih efisien dalam mengukuhkan keselamatan di timur Sabah.

Selain itu, beliau menyokong penuh pengubahsuaian konsep perlaksanaan perintah berkurung termasuk mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap sesiapa sahaja atau bot dan kapal yang melanggar arahan pihak berkuasa di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

“Saya berasa musykil dengan keupayaan sistem radar yang boleh mengesan pergerakan bot pancung yang digunakan penyeludup di timur Sabah serta beberapa kawasan perairan Sabah atau mengesan ke mana bot berkenaan lari selepas melakukan jenayah,”katanya.

Sementara itu, beliau turut menyarankan kerajaan negeri membatalkan kontrak City Power (Pentagon) yang mengenakan bayaran empat kali ganda kepada rakyat Sabah.

Katanya, tindakan Syarikat City Power (Pentagon) itu membebankan rakyat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.

“Jika pihak syarikat hendak mengaut keuntungan fikir dulu keadaan sosio ekonomi rakyat disitu. Kita memang memerlukan bekalan elektrik, bekalan air dan pembangunan-pembangunan lain untuk kegunaan rakyat.

“Rakyat itu pengguna, rakyat itu pengundi. Saya menyifatkan tindakan itu tidak wajar kerana dilihat mengambil kesempatan terhadap kuasa monopoli organisasi tersebut selain menindas rakyat/ pengguna,”katanya

Selain itu, beliau mencadangkan agar pihak SESB membekalkan elektrik secara terus ke kawasan yang terlibat seperti Kampung Bakau, Kampung Sundang, Kampung Cenderata dan Kampung Batu Sapi Laut. Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan