Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MALAYSIA PERHALUSI TERMA PERKONGSIAN EKONOMI KOMPREHENSIF SERANTAU (RCEP)

Darell mewakili kerajaan Malaysia dalam mesyuarat Menteri Ekonomi Asean di Singapura. Gambar SNT/Ehsan MITI

SINGAPURA: Ketika rakyat sedang meraikan Hari Kebangsaan diseluruh negara, delegasi Malaysia yang sedang menghadiri Mesyuarat Menteri Ekonomi Asean (AEM) ke-51 di Singapura, berdepan tugas mencabar untuk membincangkan perkara berkaitan dengan perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang masih belum dimuktamadkan.

Delegasi diketuai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking yang berada di republik itu sejak Isnin lalu, menghadiri mesyuarat terbabit yang diselang-seli dengan pertemuan dua hala bersama rakan sejawatnya dari ASEAN dan negara lain yang menjadi rakan dialog pertubuhan serantau itu.

Dalam beberapa perbincangan yang dijalankan, Darell melahirkan keprihatinan Malaysia tentang bagaimana RCEP bukan sahaja boleh menggalakkan perdagangan terbuka yang lebih luas tetapi juga satu bentuk ‘perdagangan adil’ yang membawa manfaat ekonomi kepada rakyat.

“Kita akan memastikan setiap kata putus yang kita ambil, membawa keuntungan kepada rakyat. Walaupun kita menggalakan perdagangan yang terbuka, kita juga mahukan perdagangan yang adil untuk Malaysia,” kata Darell.

RCEP adalah perjanjian perdagangan bebas antara 10 negara ASEAN yang turut membabitkan Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Darell bersalaman dengan Vice Minister of Commerce China, Gao Yan. Gambar SNT/Ehsan MITI

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilaporkan berkata, Malaysia akan menyertai RCEP apabila ia mampu memberi manfaat kepada negara.
Tun Dr Mahathir bagaimanapun berkata, kerajaan belum memberi sebarang keputusan mengenai perkara itu.

“Kita belum membuat sebarang komitmen dan belum ada ratifikasi perjanjian berkenaan. Setakat ini juga tiada perjanjian dibuat antara negara ASEAN,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin perniagaan ASEAN, di ibunegara, semalam.

Perjumpaan itu anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN Malaysia (ASEAN-BAC) dengan kerjasama Kelab Perniagaan ASEAN.

Walaubagaimanapun, ketika menghadiri mesyuarat di Singapura itu, Darell mengambil kesempatan untuk bertukar pandangan bersama semua negara anggota bagi mendapatkan pandangan dan mendalami setiap terma yang dibentangkan, selaras dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

ASEAN dan rakan dialog lain yang terlibat dalam perjanjian itu berusaha untuk mencari kesepakatan berkenaan RCEP.

Sekiranya diratifikasi, RCEP dijangka akan meningkatkan pelaburan dalam negara yang akan mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat disamping memastikan pelaburan diluar negara tidak terjejas.

Dalam masa yang sama RCEP juga berpotensi untuk membantu industri negara termasuk industri kecil sederhana untuk memudahkan eksport produk keluaran sektor itu ke luar negara.

Semasa berada di Singapura, Darell turut menemui diaspora Malaysia yang tinggal dan bekerja direpublik itu dalam satu jamuan makan malam dikawasan Arab Street.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan