Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia menerima kunjungan Menteri Sumber Tenaga dan Mineral Indonesia

12:31am 24/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 13 views Nasional
Dr Maximus (keempat dari kiri) dan Dr Sudirman (ketiga dari kiri) serta Loo (keempat dari kanan) bersama dengan para pegawai ketika kunjungan hortmat tersebut.

Dr Maximus (keempat dari kiri) dan Dr Sudirman (ketiga dari kiri) serta Loo (keempat dari kanan) bersama dengan para pegawai ketika kunjungan hormat tersebut.

PUTRAJAYA- Menteri Sumber Tenaga dan Mineral Indonesia, Dr Sudirman
Said telah mengunjungi Menteri Tenaga, Teknolgi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Ongkili di pejabat beliau, disini, pada khamis lalu.

Semasa kunjungan tersebut, kedua-dua menteri yang ditemani oleh
pegawai mereka telah mengadakan perbincangan dua hala berkenaan
tentang hal-hal berkaitan sumber tenaga.

Diantara perkara yang dibincang ialah kerjasama dibawah Grid Kuasa
Asean, terutamanya projek tertentu berkaitan projek usahasama antara
Perusahaan Listrik Negara Indonesia dan Tenaga Nasional Berhad.

Selain itu, perkara lain yang turut dibincangkan ialah grid yang
dicadangkan di antara Tarakan, Kalimantan ke Tawau, Sabah dan grid Sarawak- barat Kalimantan yang dilaksanakan pada 20 Januari, yang
lalu.

Sehubungan itu, jumlah kuasa yang disalurkan daripada link Sarawak-
Kalimantan pada mulanya adalah 20 MW dan telah meningkat kepada 200 MW berdasarkan reka bentuk kapasitinya.

Dalam masa yang sama, Dr Sudirman juga menjemput Dr Maximus untuk
turut serta dalam Forum Tenaga Bersih yang bakal diadakan pada 10 dan 11 Febuari, depan di Bali, Indonesia. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan