Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia Memerlukan Sosma – Bekas Peguam Negara

10:31am 04/11/2015 Pak Roshan 104 views Mutakhir,Nasional

Tan-Sri-Abdul-Gani-Patail

KUALA LUMPUR – Malaysia memerlukan Akta Kesalahan-Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas)(SOSMA) 2012 tetapi ia bergantung tentang bagaimana ia ditafsir dan dilaksanakan, kata Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam ucapan pertama di khalayak ramai selepas tempoh perkhidmatannya sebagai Peguam Negara berakhir Julai lepas, Abdul Gani berkata akta itu masih diperlukan untuk melindungi negara daripada sebarang ancaman keganasan.

Ketika berucap pada forum bertajuk ‘SOSMA – Wolf in Sheeps Clothing’, Abdul Gani berkata SOSMA masih digunakan dan harus dipatuhi semua pihak.

Forum anjuran Majlis Peguam itu diadakan di bangunan majlis berkenaan, di sini Selasa malam.

“Keperluan SOSMA terbukti banyak berguna terutama dalam kes Lahad Datu dan siasatan terhadap IS…tidak syak lagi, yang menimbulkan kontroversi sekarang ialah memperluaskan penggunaan akta itu meliputi kesalahan keselamatan lain yang termaktub di bawah jadual baharu akta tersebut,” katanya

Abdul Gani berkata beliau tidak dapat bersuara dan mengkritik SOSMA kerana beliau yang menggubal akta berkenaan. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan