Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia memerlukan 60 ribu akauntan bertauliah

12:34pm 20/03/2016 Leolerry Lajius 73 views Tempatan
Musa (tengah) Alexandra (tujuh dari kiri), Benjamin (empat dari kiri) memotong kek sempena ulang tahun ACCA yang ke 25 bersama ahli ACCA yang lain.-Gambar Oleh JKM

Musa (tengah) Alexandra (tujuh dari kiri), Benjamin (empat dari kiri) memotong kek sempena ulang tahun ACCA yang ke 25 bersama ahli ACCA yang lain.-Gambar Oleh JKM

KOTA KINABALU: Dalam menghadapi senario ekonomi yang semakin mencabar kerjaya sebagai akauntan terus berdiri sebagai tulang belakang negara untuk menghadapi situasi tersebut.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Kerajaan Persekutuan menyasarkan bahawa Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 60,000 akauntan bertauliah jika ingin mencapai status negara berpendapatan tinggi melalui program Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia ke-11.

“Setakat ini angka yang dicatatkan oleh Institusi Akauntan Malaysia adalah lebih kurang 32,000 orang.”

“Saya dimaklumkan bilangan akauntan bertauliah di Sabah adalah lebih kurang 1,100 orang dan satu pertiga dari jumlah tersebut adalah ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA),”katanya ketika berucap sempena ulang tahun ke 25 ACCA Sabah di Shangri la Tanjung Aru Resort and Spa, semalam.

Menurut Musa, kerjaya sebagai akauntan juga memainkan peranan yang penting dalam melindungi kepentingan awam dan juga mengekalkan keyakinan orang ramai dalam sektor perniagaan.

Tambah beliau, Sabah terus komited untuk merealisasikan aspirasi yang diperincikan melalui Koridor Pembangunan Sabah dan Program Transformasi Ekonomi.

“Bagi merealisasikan kedua-dua aspek tersebut ia memerlukan kerjasama dari seluruh masyarakat untuk berkongsi ilmu dan kepakaran bagi membolehkan hasrat itu tercapai,”katanya.

ACCA merupakan satu pertubuhan global professional akauntan dengan 178,000 ahli dan 455,000 orang pelajar dari 181 buah negara dan ia ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1946.

Turut hadir pada majlis tersebut Presiden ACCA Datuk Alexandra Chin, Presiden ACCA Sabah dan ahli-ahli ACCA yang lain. –Oleh Leolerry Lajius Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan