Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia masih ketinggalan dalam menghasilkan tenaga kerja mahir

11:24am 28/08/2016 Leolerry Lajius 85 views Kota Kinabalu,Tempatan
Antara barisan pelajar yang terlibat sempena majlis konvokesyen berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Antara barisan pelajar yang terlibat sempena majlis konvokesyen berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Malaysia masih ketinggalan dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang menjadi antara tunggak utama dalam keperluan pembangunan negara.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Dato’ Sri Adenan Bin Ab. Rahman, merujuk kepada laporan Rancangan Malaysia Ke-11 yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi pada tahun 2015, tenaga kerja mahir yanng dihasilkan negara ini, hanya pada kadar 28 peratus sahaja.

“Kerajaan berhasrat meningkatkan lagi tenaga kerja mahir sehingga mencapai 35 peratus menjelang 2020 bagi menyokong dan memacu pertumbuhan ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Konvokesyen Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) Wilayah Timur peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi kali ke-12, di sini, kelmarin.

Beliau turut menyatakan, institusi-institusi kemahiran yang ditubuhkan di setiap negeri merupakan salah satu langkah untuk merealisasikan impian untuk memiliki ramai tenaga mahir yang mampu bersaing di peringkat dunia.

“Pada masa ini terdapat 21 jenis kursus yang ditawarkan di ILJTM yang menawarkan peluang pendidikan dalam bidang kemahiran yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat berikutan permintaan tenaga kerja dalam bidang kemahiran yang semakin meningkat,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Adenan menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar.-Gambar Oleh Alex Mairin

Adenan menyampaikan sijil kepada salah seorang pelajar.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan