Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malaysia kutuk serangan di Gaza

gaza

KUALA LUMPUR : – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya siri serangan udara Tentera Israel dalam Operasi Perlindungan Sempadan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan sekurang-kurangnya 24 rakyat Palestin termasuk tujuh kanak-kanak dan mencederakan 150 yang lain.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Malaysia menuntut Israel menghentikan serta-merta serangan ketenteraannya terhadap rakyat Palestin serta menggesa semua pihak yang terlibat untuk menghentikan sebarang tindakan provokatif yang boleh meningkatkan lagi ketegangan.

“Malaysia menggesa semua pihak dapat mengelakkan kerosakan yang lebih besar serta lebih banyak kehilangan nyawa, terutama dalam kalangan penduduk awam di Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Kelmarin, Tentera Israel terus mencemarkan kesucian bulan Ramadan apabila melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke Gaza yang telah mengakibatkan 12 penduduk Palestin maut sementara 80 yang lain cedera.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu turut mengerahkan 40,000 tenteranya bersiap sedia melancarkan serangan darat ke Gaza dalam operasi digelar Operasi Perlindungan Sempadan.

Serangan melibatkan bedilan 90 roket itu disifatkan yang terburuk sejak November 2012 ketika Israel berdepan dengan tunjuk perasaan rakyat Palestin berhubung kematian seorang remaja tempatan oleh pelampau Yahudi.

Komen


Berita Berkaitan