Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Istanbul – Wisma Putra

11:23am 20/03/2016 Pak Roshan 59 views Mutakhir,Nasional

TURKEY-master675

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan bom di Jalan Istiklal di Dataran Taksim, Istanbul yang mengorbankan lima orang dan mencederakan 36 yang lain termasuk 12 warga asing.

Kementerian Luar dalam kenyataannya hari ini berkata tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden itu dan Kedutaan Malaysia di Ankara ada berhubung rapat dengan rakyat Malaysia di sana termasuk pelajar di Istanbul.

“Kementerian menerusi Kedutaan Malaysia di Ankara akan terus memantau situasi tersebut,” tambah kenyataan itu.

Pada masa sama, kementerian turut menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau yang mahu ke Turki untuk menjaga keselamatan diri dan keadaan di sekeliling mereka, selain memantau serta mematuhi sebarang nasihat yang dikeluarkan kerajaan negara itu.

Wisma Putra berkata kerajaan Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah kepada kerajaan Turki, keluarga dan penduduk yang terjejas dengan serangan itu. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan