Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malaysia Kutuk Pembunuhan 21 Rakyat Mesir Di Libya

anifah

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan 21 rakyat Mesir di Libya baru-baru ini oleh kumpulan militan yang dikaitkan dengan ISIL, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata pembunuhan orang awam terbabit amat dikesali.

“Kerajaan Malaysia melahirkan rasa simpati dan mengucapkan takziah kepada kerajaan Mesir dan keluarga mangsa.

“Semoga mereka diberi kekuatan dan semangat dalam menghadapi saat sukar ini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Anifah berkata Malaysia tetap bersatu dengan Republik Arab Mesir dan masyarakat antarabangsa dalam memerangi sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan