Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,726

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia jalin kerjasama dengan Indonesia, Filipina atasi isu penculikan

8:35pm 26/06/2016 Leolerry Lajius 894 views Tempatan

KOTA KINABALU: Malaysia akan menjalin kerjasama dengan Filipina dan Indonesia bagi mencari langkah penyelesaian terhadap kes penculikan di kawasan Laut Sulu.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, langkah penyelesaian berkenaan akan dibincangkan melalui mesyuarat yang akan diadakan bersama rakan Sejawatnya dari Indonesia Retno Marsuadi dan Setiausaha Luar Filipina baharu yang akan dilantik tidak lama lagi.
Anifah turut berkata, pihaknya juga bercadang untuk membuat pertemuan bersama dengan presiden baharu Filipina Rodrigo Duterte bagi membincangkan isu penculikan berkenaan.

“Kerajaan Filipina perlu bertanggungjawab terhadap kes penculikan yang dilakukan oleh rakyat negara itu sehingga menimbulkan kebimbangan Malaysia dan Indonesia.”

“Justeru, kita berharap agar satu pertemuan antara pemimpin luar ketiga-tiga negara akan dapat diadakan bagi membincangkan langkah penyelesaian bagi masalah ini,”katanya ketika ditemui media sempena Program Seranta dan Diplomasi Awam serta Iftar bersama Menteri Luar, di sini, semalam.

Tambah beliau, pertemuan itu boleh diadakan samaada di Malaysia, Indonesia atau Filipina bagi mencari penyelesaian mengenai isu ini.

“Pertemuan berkenaan adalah penting bagi memberikan keyakinan kepada orang ramai terutama pelancong yang bimbang mengenai faktor keselamatan untuk berkunjung ke pantai timur Sabah,”katanya./Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan