Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malaysia isytihar MH370 satu kemalangan

KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 menerusi saluran RTM1, sebentar tadi. - Foto ihsan RTM
KETUA Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan mengenai perkembangan terkini kehilangan pesawat MH370 menerusi saluran RTM1, sebentar tadi. – Foto ihsan RTM

KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini secara rasmi mengisytihar semua 239 penumpang dan anak kapal MH370 dianggap telah kehilangan nyawa, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata, perisytiharan itu membolehkan keluarga mangsa MH370 mendapatkan bantuan yang mereka perlukan terutamanya dalam proses pampasan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pengumuman khas berkaitan pesawat berkenaan yang disiarkan menerusi TV1 RTM, sebentar tadi.

Selain itu, beliau berkata, Malaysia memberi jaminan pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan.

“Carian dasar laut untuk pesawat MH370 adalah berterusan, melibatkan empat kapal.

“Malaysia amat terhutang budi kepada semua negara dan individu atas bantuan dan sokongan yang diterima untuk MH370,” katanya.- BH Online

Komen


Berita Berkaitan