Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Malaysia Ikut Standard Antarabangsa Untuk Kawal Selia Internet

salleh

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kerajaan akan berusaha untuk memastikan bahawa Malaysia akan mengikut standard antarabangsa dalam mengawal selia internet terutamanya dalam menegakkan kebebasan bersuara.

Beliau berkata, dalam hal ini semakan undang-undang yang berkaitan termasuk kajian berhubung apa yang boleh dianggap sebagai ‘perkara biasa’ di negara-negara maju yang menegakkan kebebasan bersuara.

“Bagaimanapun, di negara barat yang ‘bebas’ dan ‘liberal’ sekalipun terdapat batasan bagi apa yang anda boleh suarakan dan disiarkan. Dan inilah yang rakyat Malaysia perlu faham, ” katanya melalui catatan terbarunya dalam blog beliau hari ini.

Sambil menyelar tindakan pembangkang yang terus sahaja membuat kesimpulan dan menuduh kerajaan cuba menyekat kebebasan bersuara, Salleh memberi contoh-contoh mengenai apa yang sedang dikaji dan dipertimbangkan kerajaan dalam menyemak undang-undang itu.

“Sebagai contoh Seksyen 1 dalam United Kingdom’s Malicious Communications Act 1988, ia menjadi satu kesalahan untuk menghantar sebarang artikel berbentuk sumbang atau terlalu menyakitkan hati kepada orang lain dengan niat untuk menimbulkan kesedihan atau kebimbangan.

“Seksyen 127 Akta Komunikasi United Kingdom 2003 menjadikannya suatu kesalahan untuk menghantar mesej yang terlalu menyakitkan hati atau yang tidak senonoh, lucah atau bersifat mengancam melalui rangkaian komunikasi elektronik awam, “katanya.

Salleh berkata untuk mencapai keseimbangan antara kebebasan bersuara dan perlakuan jenayah, Pengarah Pendakwaan Awam mengeluarkan garis panduan, yang menjelaskan semasa bila menghantar mesej sosial layak untuk pendakwaan jenayah di bawah undang-undang UK.

“Kemudian kita mempunyai undang-undang fitnah Inggeris yang telah dikuatkuasakan. Undang-undang fitnah UK terpakai bagi penerbitan Internet.

“Bagaimanapun, had masa satu tahun selepas penerbitan saman fitnah tidak terpakai bagi penerbitan Internet kerana setiap insiden berlaku yang diakses di Internet ditakrifkan sebagai sebuah penerbitan baharu.

“Hasilnya, banyak akhbar dan jurnal tidak menyiarkan bahan yang kontroversi dalam arkib online mereka kerana khuatir terhadap potensi saman fitnah. Kemudian kita mempunyai isu-isu menghina mahkamah untuk diambil kira,” katanya.

Malah di UK terdapat batasan dalam kebebasan bersuara, kerana kebebasan bersuara tidak termasuk kekangan sebelumnya, sekatan ke atas laporan mahkamah termasuk nama-nama mangsa dan bukti dan prasangka atau mengganggu prosiding mahkamah, larangan temu bual dengan juri selepas perbicaraan dan menghina mahkamah dengan mengkritik atau mencerca hakim.

“Penggunaan media sosial untuk mengulas mengenai kes undang-undang boleh menjadi satu penghinaan kepada mahkamah, membawa kepada pengguna media sosial dihukum denda atau dipenjara dan terdapat beberapa contoh pengguna media sosial yang didakwa kerana menghina mahkamah,” katanya.

Salleh juga menasihatkan pembangkang agar belajar untuk “tunggu dan lihat apa yang berlaku terlebih dahulu sebelum melontarkan tuduhan terhadap kerajaan”. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan