Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Malaysia dan Jepun perkukuh kerjasama melalui pelaksanaan Eksesais

7:04pm 18/07/2016 Leolerry Lajius 66 views Tempatan
Taha (empat dari kanan) dan Katsuki (lima dari kanan) mengambil gambar bersama anggota Maritim dan JCG sempena majllis berkenaan. Turut hadir Kaunselor Jepun di Kota Kinabalu Hiroko Matsuo (tujuh dari kiri).-Gambar Oleh Alex Mairin

Taha (empat dari kanan) dan Katsuki (lima dari kanan) mengambil gambar bersama anggota Maritim dan JCG sempena majllis berkenaan. Turut hadir Kaunselor Jepun di Kota Kinabalu Hiroko Matsuo (tujuh dari kiri).-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama Japan Coast Guard (JCG) mengadakan Eksesais Bersama yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini sehingga 21 Julai nanti.

Menurut Pengarah Cawangan Penguatkuasaan dan Eksesais Maritim Malaysia Laksamana Pertama Maritim Dato’ Mohd Taha Bin Ibrahim, program ini merupakan salah satu platfrom untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara kedua pihak.

“Eksesais ini bertujuan untuk memberi tumpuan ke arah memperkasakan keupayaan Maritim Malaysia dan JGC serta mengukuhkan hubungan kerja.’

“Eksesais ini turut memfokuskan tentang aspek memerangi aktiviti lanun dan rompakan di laut di samping memperkukuhkan lagi usahasama dalam kegiatan operasi mencari dan menyelamat di laut (MSAR),”katanya ketika ditemui media sempena pelancaran Eksesais berkenaan di Jeti Pelabuhan Sabah Port, di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut Kapten Kapal Tsu Garu (PLH02) Katsuki Murase, Eksesais berkenaan akan melibatkan dua operasi yang utama iaitu komunikasi dan operasi membanteras lanun.

“Melalui latihan komuniksai ia akan mempraktikkan komunikasi yang melibatkan dua atau tiga negara manakala melalui operasi lanun ia akan mempraktikkan bagaimana usaha mengesan jika terdapat lanun di kawasan tertentu,”katanya.

Tambah Katsuki Murase, pihak JCG telah beberapa kali menjalankan program seumpama itu bersama negara-negara di Asia Tenggara.

Eksesais yang diadakan di sekitar Kota Kinabalu itu melibatkan seramai 100 pegawai dan anggota Maritim Malaysia termasuk aset KM Bangi, Bot Penyelamat 10, Bot Kilat 39 dan dua buah pesawat iaitu Agusta AW139 dan Dauphin AS365 manakala JCG pula melibatkan seramai 50 pegawai dan anggota termasuk sebuah kapal Tsugaru PLH02 dan sebuah pesawat Sikorsky 412.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

IMG_9977

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan