Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MALAYSIA BOOK OF RECORDS IKTIRAF MUZIUM CANTEEK BORNEO TAMPARULI

Antara pakaian tradisi mini orang asal Sabah yang dipamerkan di galeri Canteek Borneo. -Gambar SNT/Alfred Petrus

TUARAN: Kerajaan negeri mengalu-alukan belia terutamanya masyarakat luar bandar untuk menceburi bidang usahawan terutamanya industri pelancongan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Jo-Anna Sue Henley Rampas berkata, keterlibatan masyarakat Sabah dalam bidang usahawan itu sekali gus melonjakkan ekonomi rakyat luar bandar.

“Bidang usahawan terutamanya sektor pelancongan adalah sesuatu yang menjadi tumpuan masa kini.

Jo-Anna (tengah) melawat galeri Canterk Borneo yang menempatkan sebanyak 300 pakaian tradisi mini orang asal seluruh negeri. -Gambar SNT/Alfred Petrus

“Kami menanti lebih banyak pusat pelancongan lain di sini.

“Saya harap lepas ini, kita mampu menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara datang ke Sabah.

 

Galeri berkenaan bukan sahaja mempamerkan pakaian tradisi mini orang asal Sabah tetapi juga kebudayaan setiap suku kaum berkenaan iaitu suku kaum Murut sedang membuat persembahan memalu kulintangan dan gong. -Gambar SNT/Alfred Petrus

“Kerana ia mampu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sijil Malaysia Book of Records (MBR) kepada Muzium Canteek Orang Asal Borneo (Canteek Borneo) kerana menjadi Muzium Miniatur Pakaian Orang Asal Malaysia Pertama di sini hari ini.

Pakaian tradisi mini suku kaum Rungus juga dipamerkan di galeri berkenaan. -Gambar SNT/Alfred Petrus

Tambahnya, Tamparuli mempunyai banyak sejarah yang dijadikan sebagi pusat pelancongan.

“Contohnya, muzium Canteek Borneo yang menjadi pusat pelancongan baru di sini dan ia sebagai satu kebanggaan.

“Dalam masa yang sama ia adalah satu cara untuk mempertahankan warisan kita.

“Kita harapkan selepas pengiktirafan MBR agar lebih ramai pelancong datang ke Sabah,” jelasnya.

Sementara itu, muzium Canteek Borneo mendapat pengiktirafan MBR melalui penghasilan sebanyak 300 pakaian tradisi mini orang asal Sabah dan dipamerkan di galerinya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan